Saturday 3 December 2011

Tanda Baca


Tanda baca digunakan dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Merupakan lambang-lambang dalam penulisan bahasa untuk memperjelaskan maksud.



Tanda bacaSimbolDigunakanContoh
Titik.Pada akhir ayat yang bukan ayat seruan atau ayat pertanyaan.Bapa saya pergi ke pejabat.
Sebelum tanda pentutup kata dalam cakap ajuk.Kata Ali, "Saya hendak minum teh halia."
Untuk menunjukkan angka perpuluhan.301.5
Pada akhir singkatan dan kependekan nama seseorang.Sdn. Bhd.
Koma,Untuk mengasingkan kata yang berturut-turut dalam satu ayat.Ibu membeli ikan, udang dan sayur.
Sebelum tanda pembuka kata dan penutup kata dalam cakap ajuk."Mereka belum sampai," kata Salmah.
Di belakang kata penghubung pada awal ayat.Oleh sebab itu, dia tidak datang.
Di belakang kata seru.Amboi, comelnya kucing ini!
Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.Barang ini mahal, tetapi dapat tahan lama.
Sempang-Untuk menyampungkan kata ganda dan kata yang diulang.berbagai-bagai, kupu-kupu
Tanda petik"..."Untuk mengapit petikan langsung."Dia sudah pulang ke rumah," kata Yosri.
Pada judul karya dan sebagainya."Dilema Melayu"
Koma bertitik ;Untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza.Saya melawat Sabah; Kota Kinabalu, Sandakan, dan Tawau.
Pada baris pertama pantun dua kerat.Banyak udang banyak garam;
Banyak orang banyak raga.
Titik bertindih :Pada akhir penyataan yang diikuti oleh rangkaian.Bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 3 biji bawang merah
Untuk memberikan penjelasan
Tarikh: 31 Ogos 2006
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Negara, Kuala Lumpur
Tanda tanya ?Pada akhir ayat tanya."Kamu belum siap?" tanya Ahmad.
Pada akhir ayat tanya sebelum tanda penutup kata."Kamu belum siap?" tanya Salmah.
Tanda seru !Dalam ayat seruan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan.Aduh, sakitnya kepalaku!

No comments:

Post a Comment