RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Darjah : 4 H
Bilangan Pelajar : 45 orang
Tarikh : 21 Oktober
2011 ( Jumaat )
Masa : 11.50 – 12.20 petang ( 30 minit
)
Tajuk : Salam
Merdeka
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
i ) membina dan menulis perkataan, ayat tunggal
dan ayat majmuk.
ii ) Menulis perkataan
dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Nilai : cinta kepada negara, berkeyakinan diri, berterima
kasih, bekerjasama, bersyukur.
KBKK : Memahami,
menjana idea, menyelesaikan masalah
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menyertai aktiviti membersihkan kelas
dan
kawasan sekolah.
Alat Bantu Mengajar : Jalur Gemilang, kertas
mahjong, gambar, pen marker
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN :
Langkah /
lsi pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
Set
Induksi
|
1.
Guru mengedarkan bendera Malaysia (Jalur
Gemilang) kepada murid-murid.
2.
Guru meminta seorang tampil ke depan untuk
menunjukkan cara mengibar Jalur Gemilang sambil melaung “Merdeka”.
3.
Guru memberi arahan kepada murid untuk
memulakan aktiviti tersebut.
4.
Guru menyoal soalan kepada murid.
a)
Bila Hari Kemerdekaan?
b)
Apakah persiapan yang akan dijalankan di
sekolah kita?
|
Nilai Muni:
Cinta kepada negara
|
Langkah
1
|
1.
Guru menampalkan gambar dan meminta murid
melihat gambar dengan teliti.
2.
Guru meminta murid-murid menyenaraikan kata kerja atau aktiviti-aktiviti yang
terdapat di dalam gambar yang dipaparkan . Misalnya, menuyusun pasu bunga,
menyapu sampah, menyusun kerusi dan lain-lain lagi.
|
KBKK: Memahami
|
Langkah 2
|
i.
Guru : Apakah yang mereka sedang lakukan?
Murid : membersihkan dewan / menghiasai dewan dan
sebagainya.
ii.
Guru : Dimanakah mereka melakukan ativiti tersebut ?
Murid : Di dalam dewan / di atas pentas
iii.
Guru : Mengapakah mereka mengadakan aktiviti membersihkan dewan /
perhiasan?
Murid
: Untuk menyambut hari
Kemerdekaan negara kita.
|
KBKK:
Menjana Idea
Nilai Murni:
Berkeyakinan Diri
|
Langkah
3
|
1.
Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa
kumpulan.
2.
Guru mengagihkan gambar bernombor kepada
setiap kumpulan.
3.
Guru meminta murid-murid membincang dalam
kumpulan masing-masing.
4.
Guru meminta murid-murid menulis jawapan dalam
kertas mahjong.
5. Guru
mengarahkan kumpulan yang paling cepat siap tampil ke hadapan untuk
membentangkan hasil kerja mereka.
|
KBKK:
Menyelesaikan masalah
|
Penutup
|
1. Guru
mengucapkan terima kasih kepada kumpulan
yang terbaik dalam pembentangan.
2. Guru
memberi latihan tambahan kepada murid supaya
murid akan mengukuhan pelajaran
topik yang diajar pada hari ini.
3.
Guru berterima kasih kepada
murid-murid kerana bekerjasama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
|
Nilai murni:
Berterima kasih/ Bekerjasama
|
REFLEKSI PENGAJARAN
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat
dikesan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran ialah hasil pembelajaran yang dipilih sesuai kerana murid-murid telah mempunyai pengetahuan
sedia ada mengenai aktiviti membersihkan kelas. Isi pengajaran berkait rapat dengan
pengalaman dan pengetahuan murid-murid. Gambar yang dipaparkan adalah sesuai
dengan tahap kebolehan murid dan mengikuti sukatan pelajaran tahun 4. Melalui
gambar yang bernombor, murid-murid boleh membina ayat dengan teratur dan tidak
menyeleweng serta memenuhi maksud gambar.
Setiap murid telah diberi sekeping gambar yang berkenaan untuk membina ayat
berpandukan gambar yang diberi untuk menyiapkan latihan secara individu. Ia
dapat membantu guru menilai dan memastikan tahap pencapaian murid-murid.
Penilaian sebegini amat penting untuk guru menyedari dan memahami kekuatan dan
kelemahan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih. Dengan ini,
seseorang guru akan berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi kelemahan atau
membuat penambahbaikan dengan menyedia dan seterusnya melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan berkesan. Hampir keseluruhan
murid dapat menyiapkan latihan yang diberikan dengan betul. Guru kerap memuji
dan meminta murid-murid memberi tepukan kepada murid-murid yang berjaya membina
ayat, ini telah meransang dan mendorong murid
tersebut dan murid-murid lain menampilkan diri untuk mencuba dan melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat memberi respon dengan tepat terhadap
arahan dan soalan-soalan yang dikemukakanoleh guru. Masa P&P digunakan
secara optimum. Semua murid berinterasi secara aktif dalam pelbagai hala,
seperti murid dengan murid, murid dengan guru atau murid dengan bahan.
Suara yang
lantang juga sangat penting, kerana ia akan memudahkan murid mendengar
seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kelantangan suara menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu.
Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan
lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaranjuga akan
membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
Kejelasan
memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian
pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal
ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,
memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan
yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman
murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
KELEMAHAN
Kelemahan dan
kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan P&P ialah ruangan untuk menjalankan aktiviti
perbincangan adalah terhad kerana bilangan murid yang begitu banyak iaitu 45
orang. Gambar yang ditampalkan pada papan hitam tidak cukup besar saiznya, sebilangan
murid tidak dapat memerhatinya dengan jelas dan susah menumpukan perhatian terutamanya
murid-murid yang duduk dibelakang kelas. Saya tidak dapat menggunakan
“power-point” untuk menayangkan suasana ketika menyambut Hari Kemerdekaan dan
gambar yang disediakan kerana kekurangan kemudahan berkaitan. Bilik
tayangan yang sedia ada di sekolah saya
hanya untuk P&P Sains dan Matematik mengikut jadual yang disediakan oleh
pihak sekolah. Hasil kerja murid-murid semasa perbincangan kumpulan tidak
ditampalkan untuk rujukan kumpulan lain. Sebilangan kecil murid masih tidak
dapat menulis jawapan pada kertas mahjong dengan betul dan kemas. Masih ada
segelintir murid yang tidak melibatkan
diri dalam aktiviti perbincangan secara aktif. Latihan yang diberikan tidak
mengikut keupayaan murid iaitu semuanya sama. Guru tidak mengamalkan aktiviti
pemulihan dan pengkayaan.
CARA MENGATASI
Setiap kelamahan dan
kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran
pada masa akan datang. Berdasarkan
kelemahan dan kekurangan dalam tugasan P&P, penambah baikan yang perlu
dilakukan ialah guru boleh
menjalankan aktiviti di dewan sekolah,
sebab ruangan dewan sekolah lebih besar dan selesa. Di sana mempunyai bendera
Malaysia, guru boleh terus membuat penjelasan. Selain itu, guru boleh menggunakan
projektor untuk menayangkan gambar berkenaan, cara ini lebih menarik minat murid,
serta dapat memerhati gambar dengan jelas. Saiz
gambar yang ditampalkan pada papan hitam perlulah cukup besar supaya setiap
murid dapat memerhatinya dengan jelas. Sepatutnya, guru harus mengikhtiar untuk
mendapatkan kemudahan ICT daripada pihak sekolah seperti, meminta keizinan
menggunakan dewan atau bilik ICT. Hasil kerja setiap kumpulan seharusnya
dipaparkan atau ditampalkan di papan notis untuk bacaan atau rujukan semua
murid. Murid-murid akan membuat perbandingan antara satu sama lain. lni secara
tidak langsung akan membantu murid-murid belajar secara akses kendiri atau
memeri pandangan antara satu sama lain. Guru
perlu memberi lebih banyak penjelasan dan peluang menulis kepada murid-murid supaya menulis secara kemas dan berformat. Guru
seharusnya memantau dari semasa ke semasa sewaktu perbincangan secara kumpulan
dijalankan. Guru perlu memberi galakan kepada mereka yang kurang aktif dalam aktiviti
perbincangan supaya tiada murid yang tercicir dari P&P. Guru sepatutnya
memberi latihan mengikut tahap kebolehan murid-murid. Murid- murid tidak akan
berasa tertekan semasa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekiranya
latihan tersebut adalah sesuai dan seimbang dengan tahap kebolehannya. lni akan
mewujudkan keyakinan diri pada murid tersebut
agar dia tidak merasa benci atau takut terhadap P&P yang akan dijalankan
seterusnya.
No comments:
Post a Comment